ZAKAT SEBAGAI PENYELESAI MASALAH EKONOMI RAKYAT

Monday, February 22, 2010
by Hafiza binti Mustapha (Fiza)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Muamalat)IKIP_UUM

Ibadat zakat adalah Rukun Islam yang menjadi persoalan pokok untuk menyedarkan masyarakat kepentingan memenuhi tuntutan supaya umat IslaJustify Fullm menunaikan ibadat itu. Institusi zakat adalah sumber pendapatan masyarakat Islam yang boleh disalurkan kepada usaha memajukan masyarakat. Ia penting dalam menjana ekonomi dan kewangan Islam yang turut dinikmati semua golongan masyarakat. Kesempurnaan Islam turut memberi kebaikan kepada seluruh alam. Namun begitu berapa ramaikah dalam kalangan umat Islam hari ini yang mengamalkan perancangan dalam kewangan? Adakah kita telah bersedia membuat perancangan kewangan mengikut perspektif Islam? Jika belum, bermakna kita akan menghadapi saat kehidupan yang masih tidak berubah seperti dulu.

Zakat dapat didefinisikan dalam bahasa mudah adalah badan kebajikan kepada umat Islam. Konsep zakat dalam menstabilkan ekonomi hendaklah dilihat dalam konteks yang luas, tidak hanya terbatas sekadar mengutip dan mengagihkan wang zakat dalam kontes yang konservatif. Hakikatnya zakat dapat digembling sebagai instrument memperkasakan ekonomi umat Islam. Sifirnya mudah, seandainya umat Islam dapat mendominasi ekonomi negara, maka kawalan atau keseimbangan terhadap penawaran dan permintaan yang memungkinkan ketidakstabilan harga barangan atau perkhidmatan dapat diawal.

Berzakat menjadi elemen pembersihan rohani dan sumber harta, pendapatan, kewanagn, ekonomi dan sosial. Mereka yang berzakat mementingkan kualiti hidup berdasarkan kepada tuntutan syarak. Sumber yang hendak dikeluarkan zakat perlulah daripada sumber yang bersih cara mendapatkan dan menguruskannya. Tuntutan ini member peringatan kepada pengeluar akat supaya sentiasa menjauhkan daripada pendapatan atau pengurusan yang tiak bersih.

Zakat turut merangkumi kepentingan dalam bentuk fizikal. Zakat boleh dianggap teras kepada sistem ekonomi Islam. Malah, kaedah cukai yang dikenakan dalam sistem ekonomi konvensional adalah mencontohi institusi zakat. Cukai dipungut diagihkan kembali untuk pembangunan negara dan membiayai keperluan golongan miskin. Setiap apa dilakukan tidak sekadar mendapat keuntungan di dunia, juga diberi pembalasan baik dan buruk untuk ehidupan akhirat.
Ekonomi dan sosial ummah menjadi lebih stabil berasaskan mekanisme zakat yang mana golongan tidak mampu akan dibantu untuk menjana kembali kekuatan ekonomi dan sosial mereka. golongan asnaf dapat meningkatkan eupayaan membeli dan menguna jika ada sumbangan disalurkan kepada mereka. Dalam teori ekonomi, perbelanjaan dapat meningkatkan pusingan ekonomi. Ini secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhannya. Institusi zakat memainkan peranannya tersendiri iaitu sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mejaankan urusan berkaitan dengan kutipan zakat harta di negara ini. Antara lain juga, institusi zakat di negara ini turut member penerangan dan menyampaikan maklumat mengenai zakat harta dengan berkesan dan menggunakan kaedah terkini kepada masyarakat Islam.

Golongan fakir miskin tidak wajar dibiarkan sebagai penerima zakat atau sedekah semata-mata. Mereka berpotensi untuk meningkat pendapatan melalui bantuan kewangan, khidmat nasihat, latihan dan motivasi. Kata pepatah, jika ingin membatu seseorang secara berterusan, jangan berikan ikan, tetapi berikan pancing kepadanya. Mereka perlu dibangunkan dan dimotivasikan supaya berdikari untuk terus hidup dengan cara memanfaatkan wang agihan sebagai sumber modal. Mereka wajib pula berusaha dan berikhtiar untuk memajukan ekonomi mereka dengan menjana sumber daripada agihan zakat yang diperoleh.

Zakat zahirnya mengurangkan harta, namun hakikatnya ia menyuburkan harta. Ini kerana, setiap harta yang dizakat, maka Allah S.W.T melimpahkan keberkatan kepada harta yang masih berbaki. Bahkan Allah memerintahkan agar penerima zakat berdoa yang bertujuan agar harta pembayar zakat diberi keberkatan. Di antara golongan yang tidak diizinkan menerima zakat ialah orang-orang kafir. Hal ini adalah jelas di sisi Islam dan ulama fikah sepakat bahawa orang-orang kafir dan orang-orang ateis (tiada agama) tidak berhak ke atas wang atau harta zakat.

Zakat adalah satu jalan dari pelbagai jalan alternatif demi mendapat keberkatan hidup. Jika tidak, masakan Islam mewajibkan zakat dan mengangkatnya sebagai satu daripada lima tiang agama Islam. Apabila zakat dihayati, maka barulah lahir keindahannya.

0 comments:

Post a Comment

Followers

.: Alunan Sufi :.