Hisbah Serta Pengamalannya Di Malaysia

Monday, February 22, 2010
by Siti Norhayati Yahaya (Hayati)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Muamalat)IKIP_UUM

PEMBENTUKAN HISBAH

Hisbah itu wajib dilakukan oleh orang perseorangan atau kumpulan secara sukarela dan boleh dilantik oleh pihak Kerajaan. Rasulullah s.a.w dan Sayyidina Omar umpamanya menjalankan tugas ini secara sendiri di peringkat awal pemerintahan Islam kemudian sesudah itu dijadikan satu Badan Kerajaan atau Pesuruhjaya Hisbah. Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik seseorang itu mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa dengan syarat orang-orang yang dilantik itu mempunyai maklumat yang jelas tentang hukum hakam Syara', berani, kuat dan bertaqwa.

HISBAH DARI PERSPEKTIF SYARIAH & SIRAH ISLAM

Menurut definisi yang telah diberikan oleh cendiakawan Islam iaitu Al-Iman al- Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkamus-Sultaniyyah wal-Wilayatud-Diniyyah yang menyebut HISBAH ialah `Menegakkan yang ma'aruf apabila ianya ditinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya dilakukan secara terang-terangan pula'.

Ini membawa maksud bahawa sekiranya ianya ditinggalkan atau dilakukan secara sembunyi maka ianya bukan lagi merupakan tanggungjawab hisbah, tetapi menjadi tanggungjawab para hakim apabila wujud pendakwaan yang melibatkan penyaksian dan keterangan. Maka menjadi tanggungjawab yang besar bagi umat manusia melaksanakan tugas menegak ma'ruf dan mencegah yang mungkar.kenyataan di atas menunjukkan betapa perlunya diberi keutamaan dalam melaksanakan tugas-tugas hisbah.

WAJIBNYA HISBAH

Ramai orang menyangka bahawa walaupun melaksana tugas-tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar diberikan ganjaran yang amat besar, tetapi mereka menyangka tidak menjadi kesalahan jika meninggalkan kerja-kerja tersebut. Mereka menyangka kejayaan hanya terhenti kepada usaha-usaha dan amal-amal berkaitan dengan ibadat-ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya sahaja dan kesalahan serta keburukan orang lain tidak menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkannya.Mereka seolah-olah telah lupa ataupun sengaja cuba melupakan bahawa tugas ini merupakan arahan Allah dan melaksanakannya merupakan prasyarat kepada kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Maka bersandarkan kepada nasnas di atas, para ulama' berpendapat bahawa kerja-kerja hisbah adalah sesuatu yang fardhu.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa amar ma'ruf dan nahi mungkar adalah kewajipan seseorang muslim sama ada ia seorang pegawai ataupun rakyat biasa yang di amalkan di Malaysia contohnya. Terdapat dua kewajipan besar bagi Muhtasib,iaitu “amar ma'ruf dan nahi mungkar”, dan setiap dari “amar ma'ruf dan nahi mungkar” terbahagi kepada tiga bahagian. Iaitu adalah yang berkaitan dengan hak-hak Allah, berkaitan dengan hak-hak anak-anak Adam dan yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak anak Adam.

AMAR MA’RUF

Yang dimaksudkan dengan Hisbah “amar ma’ruf” berkaitan dengan hak-hak Allah ialah wajib ke atas al-Muhtasib melaksanakan perkara-perkara yang disuruh Allah seperti sembahyang Juma'at sembahyang jamaah di masjid dan lain-lain.

Manakala Hisbah “amar ma’ruf” yang berkaitan dengan hak-hak anak Adam terbahagi kepada dua iaitu hak am dan hak khas. Dimana hak am ialah perkara yang berkaitan dengan keperluan manusia seperti bekalan air minuman di dalam sesebuah negeri atau kemudahan-kemudahan awam yang asasi. Perkara ini bergantung kepada pihak kerajaan bertanggungjawab supaya memperbaiki keadaan tersebut. Jika tidak ada harta baitulmal, maka hendaklah diarahkan orang-orang Islam yang kaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.Hak khas ialah mencakupi hak-hak yang berkaitan dengan individu-individu seperti hutang piutang dan lain-lain hak. Dalam keadaan ini, muhtasib hendaklah mengarahkan kepada orang-orang yang berhutang supaya membayar hutang-hutang mereka dengan syarat ada pengaduan dan jika mempunyai keupayaan.

Dan Hisbah “amar ma’ruf” hak bersama ( hak-hak Allah dan hak-hak anak Adam) ianya berkaitan seperti perkara-perkara mengarahkan bapa mengahwinkan anak-anak perempuan mereka apabila menepati syarat-syarat agar mereka tidak terhalang daripada berkahwin, mewajibkan para wanita mematuhi idah mereka sama ada idah wafat atau idah talaq, mengarahkan pemilik-pemilik pengangkutan supaya tidak memuat secara berlebihan ke atas kenderaan mereka dan mengambil keperihatinan terhadap luqatah seperti kehilangan barangan dan sebagainya.

NAHI MUNGKAR

Sama seperti Hisbah “amar ma’ruf”, Hisbah “nahi munkar” juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu yang berkaitan dengan hak-hak Allah, hak-hak anak Adam dan hak –hak Allah dan anak-anak Adam (hak bersama). Terdapat tiga perkara yang berkaitan dengan hak-hak Allah iaitu ibadah, larangan-larangan syara’ dan mu’malah. Perkara “nahi munkar” yang berkaitan dengan ibadah contohnya orang melakukan `ibadah tidak mengikut syari`at Islam, orang yang tidak mengambil berat terhadap kesihatan tubuh badan pakaian dan tempat sembahyang ,orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa ada keuzuran syar'ie, orang yang tidak membayar zakat dan orang yang mengajar dan memberi fatwa tanpa ada ilmu. Manakala yang berkaitan dengan larangan-larangan syara' ialah hendaklah mencegah orang ramai dari berada ditempat-tempat yang meragukan dan yang boleh mendatangkan tohmahan serta tuduhan orang seperti wujudnya percampuran kaum lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di tempat-tempat yang diragui. Dan perkara yang berkaitan dengan mu'amalah ialah perniagaan yang mungkar dari sudut syara' seperti jual beli yang tidak sah dan pa-apa urusan jual beli yang dilarang oleh syara' walaupun di kalangan mereka saling redha menredhai seperti
penipuan harga, timbangan dan sukatan.
Selain itu, Hisbah “nahi munkar” hak-hak Anak Adam ialah hak jiran dan di pusat-pusat perniagann dan kilang-kilang. Di mana terdapat tiga keadaan yang perlu diberi perhatian. Contoh bagi hak jiran ialah pencerobohan seseorang terhadap sempadan jirannya. Walaupun begitu, muhtasib tidak boleh mengambil tindakan selagi tidak ada aduan dari jirannya.

Dan tiga keadaan yang perlu diambil perhatian di pusat-pusat perniagaaan dan kilang-kilang iaitu kesempurnaan dan kekurangan, contoh kerja-kerja perubatan yang dilakukan oleh para doktor, amanah dan khianat, contohnya amalan tukang-tukang jahit yang tidak menepati janji dan bagus dan tidak bagus dalam apa-apa kerja yang dilakukan.

Akhir sekali ialah Hisbah “nahi munkar” hak-hak Allah dan hak-hak anak Adam (hak bersama) antarannya ialah pencegahan perbuatan mengintai rumah orang lain, mencegah imam-imam masjid besar daripada memanjangkan sembahyang dan mencegah para hakim daripada tidak melayani orang-orang yang berbalah, mencegah pemilik alat-alat pengangkutan dari mengangkut lebih dari had muatan dan lain-lain lagi. Muhtasib hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka oleh pihak berkuasa selain dari perkara perkara yang disebutkan di atas.

Sumber rujukan : www.google.com.my

0 comments:

Post a Comment

Followers

.: Alunan Sufi :.