BERNIAGA SEBAGAI PILIHAN UTAMA PENINGKATAN EKONOMI UMMAH

Monday, February 22, 2010
by Nur Shuhadah binti Atan Nordin (Adah),
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Muamalat)IKIP_UUM

<>JIHAD BISNES
JALAN MENEBUS MARUAH UMMAH
OLEH:WEBAH SALLEH<>

Istilah ‘Jihad Bisnes’ sering diperkatakan kebelakangan ini. Ia merupakan pendekatan untuk memperkasakan ekonomi umat Islam dengan memberi penumpuan lansung terhadap bisnes dengan memfokuskan kepada usaha menambah nilai ekonomi, penjanaan kekayaan dan membina keupayaan organisasi korporat berteraskan Islam.

Dalam usaha mencapai matlamat jihad Bisnes , Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) , baru-baru telah menganjurkann Wacana Bisnes untuk menggerakkan Resolusi ke-8 Kongres Ekonomi Islam (ke -3) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) Kuala Lumpur Januari lalu . Wacana itu bertujuan menyatukan pemikiran para pemimpin , toloh korporat dengan cendekiawan dalam usaha mengali dan mengenal pasti strategi serta pendekatan bersesuaian dalam aspek pembudayaan Jihad Bisnes dalam sistem ekonomi Negara.

Menagapa‘Jihad Bisnes’ bukan ‘Jihad Ekonomi? Tan Sri Dato Muhammad Ali Hashim selaku Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCORP) , dalam ucaptamanya berkata, memandangkan hakikat bahawa system ekonomi global kini dipacu oleh bisnes(sistem ekonomi yang Business-driven’) ia menuntut fokus lansung kepda bisnes dengan tumpuan utama kepada usaha menamabah nilai ekonomi, menjana kekayaan dan membina keupayaan organisasi korporat Islamik.

“kerana jelas sekali bahawa konsep organisasi korporat sebagai satu lembaga ciptaan undang-undang yang ‘tidak mati’ dan lebih panjang ‘hayatnya’ melewati hayat manusia, tanpa dimensi Islam adalah pemangkin dan punca utama harta kekayaan himpunan korporat berleluasa hamper tanpa had sehingga mengakibatkan ketidakadilan ekstrim dan kezakiman sistem”katanya.

Justeru, menerusi Jihad Bisnes’umat Islam dianjurkan supaya mengalihkan tumpuan berlebihan terhadap menjayakan institusi penjana nilai dan harta kekayaan sebenar, iaitu organisasi korporat yang dipimpin oleh usahawan entrepreneur atau intrapreneur.

“menghalalkan dan “mengislamkan sistem kewangan sangat penting, dan Alhamdulillah Malaysia mendahului di bidang ini.namun usaha menghalalkan sistem ini tak cukup andainya terhenti do sector perbankan semata-mata .Lebih-lebih lagi pendekatan menerusi sistem perbankan tidak memberi kelebihan strategi kepada umat untuk menang dalam persaingan global. Hari ini jelas semua bank termasuk yang dimiliki kepentingan global bukan Islam , telah dapat menggunakan kaedah perbankan Islam dan berleluasa memberi khidmat berkenaan kepada semua pelanggan tidak mengira Muslim atau bukan muslim,’ jelas beliau lagi.

Langkah dan strategi yang berkesan adalah lebih penting dalam tindakan “menghalalkan “ sistem dan tumpuan perlu beralih dari perbankan Islam kepada usaha mengislamkan sektor syarikat korporat, khasnya dari aspek pegangan hak milik intitusi itu sendiri. Sekiranya ini tidak dilakukan , impak ketidakadilan dan kezaliman sistem berteraskan kapitalisme (kini dicontohi dan digunakan oleh semua Negara Islam di dunia) tidak akan dapat dikawal dan dibendung , sekali gus mengkropomi nilai keadilan dan keseimbangan yang diutamakan oleh Islam .

Dari perspektif Islam ,Jihad Bisnes perlu dilihat dalam konteks Jihad Besar atau “Jihad al-akbar seperti mana termaktub dalam al-Quran yang bermaksud “oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan besar, Jihad al-akhbar dan bersungguh (Surah Al-Furqan 52)

“Jihad Bisnes menyeru supaya ahli Muslim, dengan sokonga dan dokonga semua golongan masyarakat Islam segera menyumbang bahagian mereka kepada penjanaan nilai dan kekayaan untuk memperkasakan ekonomi bangsa , Negara dan ummah .Namun , dalam melaksanakan kewajipan ini,Jihad Bisnes menyeru supaya bangsa Melayu mengenepikan ‘Westoxication’ dan menolak semua kaedah da pendekatan kapitalisme yang buas dan rakus. Mereka berkewajipan membina bisnes Barat harus dibuang dan diketepika .Cuma cirri-ciri ‘Westoxication’ yang mengkhayal, mempersonakan , memudaratkan dan merancuni mesti diketepikan,” jelas Tan Sri Ali Hashim lagi..

JIHAD BISNES mempunyai dua matlamat besar iaitu:
Memperkaya dan memperkasakan bangsa Melayu da umay Islam sehingga tercapai sasara 65 peratus di perigkat Negara dan menebus maruah umat Islam di perigkat Global.
Strategi utama adalah dengan membina daya saing tinggi serta keupayaan bisnes berorganisasi.
2. Membendung dan menyusun semula sistem ekonomo kapitalisme liar dan buas supaya lebih adil da saksama dengan menerapkan amanah sehingga menzahirkan ‘SISTEM EKONOMI HALAL ‘ berlandaskan Islam
Strategi utama adalah menginstitusikan amanah ke dalam struktur hak milik syarikat dan badan-badan korporat serta mengutamakan penglibatan GLC di samping menegaskan peraan amanah mereka, sekaligus menolak lagkah penswastaan Penerapan Amanah ke dalam hak milik institusi adalah usaha peting dengan tujuan jangka panjang untuk mensucika sistem ekoomi daripada cirri-ciri yag ditolak dan dilarang oleh Islam. Ini termaksuklah peggunaan sistem kewangan berdasarkan riba serta semua corak Westoxication’, seperti peipuan, eksploitasi, penindasan, ketidakadilan,kezaliman dan segala corak keroasakan yang terbit daripada amalan-amalan negatif. Semua ini memudaratkan kehidupan, merendahkan martabat serta memusnahkan sifat keinsafa manusia.
Beliau menjelaskan , sekiranya Jihad Bisnes Berjaya dimulakan oleh bangsa melayu di Malaysia sebagai salah sebuah Negara Islam termaju di dunia kejayaan ini boleh dijadikan sumbangan bangsa Melayu kepada dunia Islam sejagat . Sumbangan ini memberi erti sangat besar dalam keadaan umat Islam di dunia hari ini yang tandus dalam keupayaan dan kuasa, ditindas,diperkosa, tertekan,terdesak,terpinggir,dan kelihatan seolah-olah lansung kebingungan dan kehilangan punca.

Selain berjihad mengatasi desakan kerakusan nafsu unuk kepentingan diri.Jihad Bisnes uga bertujuan untuk menguasai pasaran di tangan bangsa melayu dan umat Islam. Ia sekali gus menterjemahkan kuasa dan kedaulatan ekonomi ini ke dalam bentuk strategi penyusunan semua hak milik bisnes dan korporat untuk menegakkan keadilan dan keseimbangan . Perjuangan ini menuntut kegigihan dan kegagahan luar biasa di kalangan ahli-ahli bisnes dan korporat Melayu-Muslim . Dalam memburu kejayaan dan kekayaan , mereka juga dituntut mengejar keberkatan dan keredhaan dari kekayaan adalah amanah yang dipertanggugjawab . Ia perlu terbit dari kesedaran bahawa kekuatan umat Islam khasnya terletak kepada pegangan hidup yang tidak keterlaluan mementingkan dunia dan material.

Selain itu juga sebagai wadah untuk ‘berlumba-lumba berbuat kebaikan ’ seperti mana firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 148 bermaksud ‘Dan tiap-tiap umat ada arah (qiblat) yang masing-masing menujunya, oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah akan tatap akan membawa kamu sekalian(berhumpun pada hari kiamat untuk menerima balasan ) sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

Jihad bisnes juga wajib dijayakan atas prinsip bahawa manfaat darinya akan memperkayakan dan memperkasakan umat Islam supaya mereka tidak akan berterusan ‘ meminta-minta atau mengharapkan tongkat dari orang lain atau menjadi usahawan kuda kepang yang Berjaya cuma dengan menumpang kaki orang lain.

Waqaf Korporat Menuju Jihad Bisnes

Seterusnya, langkah pembaharuan untuk memperkasakan ekonomu, bangsa dan menebus maruah umat perlu mengseimbang sistem dengan dengan memperkenalkann institusi Waqaf Korporat yang dijadikan pemegang amanah dan pemilik berstrategi, termasuk dalam syarikat yang tersenarai di Bursa)

Untuk menuju ke arah itu, selain sebuah GLC Malaysia iaitu Johor Corporation (JCorp) telah mendahului dengan langkah mewaqafkan sebahagian saham-saham PLC miliknya bernilai(NAB) RM200 juta pada ogos 2006 JCorp memulakan inisiatif waqaf ini sebagai pembukaan jalan dan InsyaAllah akan berterusan mewaqafkan saham miliknya, dengan tujuan pada akhirnya untuk mentranformasikan JCorp menjadi institusi Waqaf Korporat

JCorp ini memiliki labih 250 buah syarikat 9 senarai di Bursa Malaysia dari Landon dengan nilai modal pasaran berjumlah 6.8 bilion pada akhir 2008 dan mempunyai warga kerja melebihi 54,000 orang)

Selain dapat menegakkan keadilan sistem, Waqaf Korporat juga berupaya mengatasi ketirisan hak milik Melayu dan umat Islam yang menghantui mana-mana sistem hak milik yang berteras kepada individu dan keluarga yang pada umunya payah dipertahankan melebihi generasi kedua atau ketiga selepas pengasasnya Waqaf Korporat berkeupayaan menjamin kelansungan dan juga berpontensi besar menjadi pemangkin kepada pembentukan MNC gergasi di peringkat global.

Bagi menepati ciri Islamiknya pula,institusi Waqaf Korporat wajib menjayakan, program tanggungjawab social korporat berlandaskan Islam(Islamik CSR) .(Dalam urusan ini, JCorp antara lainya , turut mendokong beberapa mereka selama ini. institusi Islam termasuk masjid dan rumah anak yatim, selain menjayakan rangkain Sembilan buah klinik dan Hospital Waqaf An-Nur di seluruh Negara –khasnya untuk manfaat lebih 43, 000warga Negara miskin Malaysia-termasuk ramai bukan Islam)

Untuk menjayakan konsep Waqaf Korporat, hak milik bisnes perlu terlebih dahulu disandarkan kepada pegangan berorganisasi terutama organisasi syarikat korporat atau GLC sebanarnya berlandaskan organisasi lebih memudahkan dan memangkinkan waqaf . sesungguhnya pendekatan berjihad secara berorganisasi menepati anjuran Al-Quran (Surah as-Saf , ayat 64) yang maksudnya jelas menyatakan bahawa Allah S.w.t amat mengasihi mereka yang berjihad di jalan-NYA supaya mendirikan barisan-barisan ‘seolah-olah mereka dalam dalam satu binaan yang tersusun kukuh’. Sudah pasti jenis organisasi yang harus dipilih bukan jenis organisasi yang harus dipilih bukan jenis organisasi korporat yang akhirnya ‘keparat’ dan dalam hal ini konsep intitusi Waqaf Korporat MNC Islamik pasti mempunyai kelebihan.

Usaha memperkasakan ekonomi bangsa Melayu dan menebus maruah umat Islam sejagat tidak akan berjaya dan sempurna dibentuk selagi bangsa Melayu dan umat Islam tidak berjaya memperkenalkan satu pendekatan altenatif kepada kapitalisme liar dan buas tanpa mengenepikan dinanisme sistem tersebut.

Ciri-ciri dinamis sistem persaingan pasaran apabila digandingkan dengan intitusi waqaf korporat dan dikendalikan berlandaskan prinsip ‘Jihad Bisnes’ adalah berwibawa dari perspektif matlamat bisnes , selari pula dengan ajaran Islam dan sekaligus berupaya membendung impak ekstrim ketidakadilan dan kezaliman kapitalisme liar dan rakus.

0 comments:

Post a Comment

Followers

.: Alunan Sufi :.