AR-RAHNU: PERANAN DAN CABARAN MASA KINI.

Sunday, February 21, 2010
By : Nazril Hafiz Bin Ahmad Afifi
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Muamalat) IKIP_UUM

Muslimin/muslimat yang dirahmati...

Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5 peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan.

Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.

Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang dinamakan ‘marhun’. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’ itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut.

Tujuan ‘marhun’ ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi, sebaliknya jalan penyelesaian terbaik telahpun dipersetujui.

Bagi hutang tadi pula, skim ini melaksanakan prinsip Al-Qardhul Hasan (bantuan ihsan), iaitu pinjaman tanpa faedah yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama Islam.

Sementara prinsip Al-Wadiah pula ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian tersebut.

Atas dasar Al-Wadiah inilah, skim ini akan mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi. Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian.

Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut:

Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.

Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.

Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.

Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan barang gadaian tersebut dengan baik.

Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).

Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula, Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut:

Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi.

Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.

Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya membebankan para penggadai yang memerlukan wang.
Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota koperasi khasnya dan umat Islam, amnya.

Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.

Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.

Permasalahan, had atau batasan.

Secara keseluruhannya, pentadbiran dan pengurusan perlaksanaan skim ini memerlukan hala tuju yang selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh hukum syarak khususnya dan undang-undang awam atau pihak berwajib, amnya. Ini kerana perlaksanaan skim gadaian memerlukan pemantauan yang meluas terutamanya dari segi kewangan yang mana ianya melibatkan barangan gadaian (emas) dan juga tunai.

Pemilihan aset atau barangan gadaian. Ini meliputi penyenaraian jenis aset yang boleh digadaikan. Apakah hanya terhad kepada emas? Bagaimana dengan aset lain yang mempunyai harga di pasaran? Contohnya tanah, rumah, sijil-sijil saham, sijil-sijil pelaburan?

Penilaian aset yang terdedah kepada kemeruapan, contohnya emas, yang mana ini akan menimbulkan sedikit masalah dari segi operasi sekiranya kakitangan yang ditugaskan tidak cukup kemahiran dan latihan. Kualiti emas, rupa bentuk dan sifat fizikalnya juga memainkan peranan dalam urusan penggadaian.

Adakah caj marhun yang dikenakan, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang diberikan kepada penggadai adalah sama? Proses ini memerlukan pertimbangan yang adil dan sewajarnya dari pihak pengurusan terutamanya Pengurus Operasi.

Semua permasalahan, had dan batasan ini hendaklah dikaji, diteliti dan diperhalusi sebelum Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu dapat dilaksanakan dengan seadilnya; baik kepada pemberi pinjaman, penggadai, masyarakat dan mereka yang berkaitan.

Namun begitu, untuk renungan bersama, permasalahan, had dan batasan di atas hanyalah sebahagian dari rangka kerja dan rangka operasi skim ini. Ianya hanya panduan kecil sebelum perlaksanaan skim ini dipertimbangkan.

AR- RAHNU menembusi koperasi dunia.

AR-RAHNU adalah salah satu produk baru koperasi bagi menyediakan pinjaman kecil atau peribadi kepada anggotanya. Ia merupakan produk Islam yang berdasarkan kepada upah menyimpan barang cagaran (al-Marhun) ke atas pinjaman Qardul Hasan yang dipinjamkan. Berbeza dengan pinjaman peribadi konvensional yang cajnya berdasarkan kepada interest dengan peratusan tertentu ke atas jumlah pinjaman yang diberi, juga berbeza dengan pinjaman peribadi Islam yang berasaskan kepada keuntungan jual beli yang dilakukan secara Bai’al-Inah.

Ar-Rahnu telah diterima dengan luasnya di Malaysia terutama di kalangan koperasi yang dikecualikan oleh Akta Pajak Gadai 1972 daripada memiliki lesen untuk menjalankan aktiviti tersebut. Ia hanya memerlukan persetujuan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan memaklumkan kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan. Statistik daripada JPK mencatatkan 204, koperasi yang melakukan aktiviti Ar-Rahnu di samping 106 cawangan Bank Rakyat.

Ar-Rahnu adalah produk Islam yang hybric (gabungan beberapa mekanisma kontrak) yang melibatkan beberapa mekanisma kontrak Islam iaitu Qardul Hasan (pinjaman tanpa faedah), Rahnu (cagaran), Wadiah (simpanan) dan Ujrah (upah menyimpan). Ia mempunyai kekuatan tersendiri yang menjadikannya mudah diterima dalam masyarakat.

Pertama : Ia merupakan produk yang memenuhi syariah (syariah compliant) yang bebas daripada interest (riba), gharar (penipuan) dan maisir (perjudian).

Kedua : Secara bandingan dengan produk pinjaman peribadi lain yang ditawarkan oleh koperasi, Ar-Rahnu lebih mendekati prinsip koperasi yang bermula dengan galakan menabung (menyimpan) oleh anggota dan kemudian wang tabungan tersebut diberi pinjaman kepada anggota yang memerlukan. Memiliki emas untuk tujuan cagaran adalah sebagai penabungan dan ia akan digunakan bagi melunas hutang jika tidak mampu melunasnya pada tempoh yang ditetapkan.

Ketiga : Risikonya adalah terlalu kecil dibandingkan dengan pinjaman peribadi atau microfinance lain kerana pinjaman yang diberi adalah disandarkan kepada barang gadaian (marhun) yang merupakan emas dan jumlah hutang yang diberi hanya di antara 50 peratus hingga 70 peratus daripada nilai emas yang dicagarkan.

Keempat : Ia lebih baik daripada pesaingnya iaitu pajak gadai konvensional dari beberapa aspek seperti bebas daripada riba (interest) yang dilarang oleh Islam, bayaran perkhidmatannya lebih murah, tidak ada penipuan dan mendapat kembali lebihan (baki) setelah ditolak hutang jika perlelongan terpaksa dibuat.

Kelima : Untuk melaksanakannya hanya memerlukan pejabat yang dilengkapi dengan peti besi bagi menyimpan emas yang dicagar dan seorang pegawai yang berupaya menilai ketulenan emas dan beratnya. Walau bagaimanapun sekarang ini ia dibantu dengan alat yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Sesuai dengan tema Persidangan Antarabangsa ICA (International Co-operative Alliance) tahun ini yang berbunyi Microfinance Is Our Business, maka Malaysia mengemukakan Ar-Rahnu sebagai produk microfinance daripada Malaysia dengan tajuk “Ar-Rahnu : A New Era In Microfinance In Malaysia” yang dibentangkan oleh penulis di Cartagena, Colombia baru-baru ini. Ia diterima baik oleh perwakilan seluruh negara yang terdiri daripada Asia, Eropah, Afrika dan Amerika. Ia dilihat sebagai suatu produk yang unik kerana asas caj yang dikenakan berdasarkan kepada upah menyimpan cagaran yang berbeza dengan semua produk microfinance lain yang cajnya berdasarkan interest ke atas pinjaman yang diberi.

Inilah julung kali produk koperasi berasaskan mekanisma Islam dibentangkan di persidangan koperasi peringkat antarabangsa. Melalui produk ini telah membuka lembaran baru bahawa koperasi telah menerimapakai sistem kewangan Islam selari dengan perubahan yang berlaku dalam industri perbankan dan insurans di mana perbankan Islam (Islamic Banking) dan takaful (Islamic Insurance) telah diterima-pakai di seluruh negara-negara Islam di dunia. Kita yakin Ar-Rahnu lambat-laun akan turut berkembang seiring dengan perkembangan perbankan Islam dan takaful.

Kesimpulannya, semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam, amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. Selain dari itu, kemudahan ini selaras dengan dasar dan prinsip perjalanan sistem berkoperasi; tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.

2 comments:

Unknown said...

Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil, dibangunkan sebuah perniagaan kecil-kecilan atau sederhana anda? cindymaria Pinjaman Syarikat menyediakan peluang untuk membuat impian anda menjadi kenyataan dengan memberi pinjaman kepada individu persendirian atau kerajaan dan Syarikat dengan kadar faedah sebanyak 2% untuk permulaan apa-apa amaun yang diperlukan dan dengan jadual pembayaran yang fleksibel. Menghubungi Puan cindymaria untuk PINJAMAN anda hari ini melalui emai: cindymarialoan@gmail.com

rossa stanley loan said...

Adakah anda memerlukan pinjaman untuk sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana organisasi kewangan, bank dan perusahaan kewangan lain? Jika ya, bimbang lagi kerana syarikat pinjaman @ ROSSA STANLEY, kami adalah syarikat kewangan berpengalaman yang menyediakan pinjaman korporat, kepada badan korporat dan orang awam pada kadar faedah sebanyak 2%. Kami mempunyai akses kepada kumpulan wang tunai untuk memberi kepada syarikat dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil.Kami yakin bahawa kebajikan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami yang optimum, mengapa kami berada di sini untuk menjaga pemprosesan pinjaman anda . Berhubung dengan perkhidmatan pelanggan kami

  E-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
  Viber: +15186756750
  Instagram: Rossamikefavor
  Twitter: Rossastanlyloan

  Untuk tindak balas yang cepat dan pantas ....
 


Sila isikan borang permohonan di bawah:
DATA PEMOHON:
1. Nama
2. negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Kerja
6. Jawatan di tempat kerja
7. Pendapatan bulanan
8. Jumlah pinjaman yang diperlukan
9. Tempoh pinjaman
10. Agama
11. Pernahkah anda memohon sebelum dan ditolak? Jika ya
12. jika anda telah ditolak berikan sebab .............................. .......... ..
     ............................. ..................... ..........
     ............................. ..................... ..........
     ............................. ..................... ..........
     ............................. ..................... ..........
 
 
 
                                     Kami berada di sini untuk keperluan kewangan anda

Post a Comment

Followers

.: Alunan Sufi :.